Apa
yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang
tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki.
Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan
cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang
disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.
Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.
Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.
Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).
Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.
Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok
yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan
muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh
menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya)
dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.
Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

No comments:
Post a Comment