Perkahwinan seumpama ini hari ini memang
tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk
menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat
kahwinkan. kat dunia boleh la selamat la... akhirat belom tentu..
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.
Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun
lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.
Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah
dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara
sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7
: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8
: Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan
Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9
: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya
perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9
: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda
sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Ini
merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul
dan bincanglah dengan Imam / ustaz sekiranya anda berhadapan masalah
sebegini atau bila perlu.
Jauhilah perkara-perkara yang menyebabkan penziaan,jagalah keturunan nasab kita supaya menjadi genarasi yang mulia.
No comments:
Post a Comment