8 Syarat
Memulih Rumah Dari Gangguan Jin
Syarat 1:
Buang semua tangkal,
rajah-rajah yang tidak difahami maksudnya, kain-kain kuning dan semua pemberian
bomoh yang kononnya digunakan untuk memagar diri dan rumah. Serah kepada
perawat untuk diruqyah dan dibakar.
Syarat 2:
Tinggalkan tabiat
merokok. Ini kerana asap busuk adalah makanan kegemaran jin. Kurangkan hisap
rokok atau hentikan terus. Jika hendak merokok, lakukan di luar rumah.
Syarat 3:
Serahkan semua senjata
lama seperti keris dll, cincin, loket dan barang kemas yang kononnya dimasukkan
khadam ayat kepada perawat untuk diruqyah dan direndam di dalam air ruqyah
semalaman. Buang semua perhiasan patung dan gambar yang tidak syarie dari
rumah.
Syarat 4:
Halau semua kelawar,
burung layang-layang dan binatang liar yang duduk menumpang di rumah. Ini
kerana najis binatang tersebut mengotorkan rumah lantas mengundang jin.
Syarat 5:
Pastikan rumah sentiasa
bersih dan wangi. Kemas rumah dan buang sampah dari rumah setiap hari. Jangan
biarkan rumah kotor dan busuk serta masam.
Syarat 6:
Jangan biarkan sisa-sisa
makanan tidak berbasuh semalaman terutamanya tulang belulang yang boleh menjadi makanan jin. Tulang disalut
semula di alam jin lalu dimakan oleh mereka.
Syarat 7:
Jangan pelihara binatang
ternakan jika tidak dapat menjaga kebersihan. Najis dan bahan buangan binatang
ternakan menjadi bahan makanan jin. Kotor dan busuk menggalakkan jin tinggal di
rumah.
Syarat 8:
Jangan biarkan rumah dan
bilik-bilik tidak didiami dan diimarahkan dalam tempoh 40 hari. Pastikan bilik
dimasuki cahaya dan memiliki pengudaraan yang baik. Sesakali buka dan bacalah
al Quran dan berzikir. Kurangkah tv, radio dan lagu-lagu yang tidak syarie.
Gantikan dengan cd al Quran dan maulid.
No comments:
Post a Comment