1. Gigi digunakan sebagai alat
Ramai orang menggunakan gigi
mereka sebagai alat untuk membuka botol, beg plastik kerepek, label
harga pakaian, bahkan untuk memotong kabel. Ini boleh memberi kesan
trauma pada gigi yang menyebabkan tepi gigi lemah dan menyebabkan
berlaku maloklusi @ malocclusion (suatu kelainan susunan gigi atas
dengan bawah).
2. Mengunyah ais
Ramai orang biasa mengunyah air
batu @ ais, terutama sisa ais setelah habis minuman ais. Suhu yang keras
dan sejuk dari ais benar-benar boleh menyebabkan gigi menjadi patah.
Bahkan boleh membuat sebahagian daripada enamel gigi rosak. Doktor gigi
mengesyorkan untuk membiarkan ais cair di mulut seperti memakan
gula-gula, bukannya menghancurkannya dengan gigi.
3. Mengunyah benda keras
Tak sedikit orang yang punya
kebiasaan mengunyah benda-benda keras seperti pensil, kuku dan benda
keras lainnya. Sebaiknya kembalikan fungsi utama gigi untuk mengunyah
makanan.
4. Menghisap limau
Jika dilakukan secara terus
menerus, asid sitrik dalam limau boleh meluluhkan mineral penting pada
gigi dan mengikis permukaan luar gigi, sehingga membuat gigi menjadi
sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk. Namun, situasi ini tidak
bererti bahawa anda tidak boleh makan semua buah-buahan jeruk. Anda
hanya perlu memastikan bahawa anda tidak terus menghisapnya di mulut
untuk jangka masa yang lama.
5. Memberus gigi terlalu kasar
Ramai yang fikir bahawa dengan
melaksanakan tekanan yang lebih ketika memberus atau menggunakan berus
gigi berbulu keras membuat gigi lebih berkilat. Ini adalah mitos palsu
yang harus dielakkan. Apabila anda memberus terlalu kuat dan kasar, atau
menggunakan berus gigi berbulu keras, ia boleh merosakkan enamel
protektif pada gigi anda. Ia juga boleh menyebabkan gusi surut dan
sensitiviti gigi meningkat.
6. Menggigit kuku
Kebiasaan menggigit kuku boleh
memberi akibat buruk bagi gigi anda. Ia boleh menyebabkan gigi depan
anda rosak atau retak. Bukan hanya itu saja, kebiasaan menggigit kuku
akan memberikan peluang kepada kuman dan bakteria di kuku untuk masuk ke
rongga mulut dan menyebabkan jangkitan gusi.
7. Menggertakkan gigi semasa tidur
Brukisme kronik @ menggertak
gigi boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti gigi patah dan longgar.
Ini juga boleh menyebabkan sakit pada sendi rahang, sakit kepala dan
sakit gigi. Untuk menghadkan kerosakan tersebut, doktor gigi umumnya
akan menyarankan anda supaya memakai alat penjaga mulut.
8. Minum wain putih
Ramai orang (di barat) memilih
wain putih berbanding wain merah sebagai pilihan untuk mengelakkan noda
pada gigi. Tapi sebenarnya, wain putih boleh menyebabkan masalah yang
lebih kekal kerana keasidan yang tinggi. Untuk perlindungan, kumur mulut
anda dengan air selepas minum dan makan keju untuk mengimbangi keasidan
anggur.
9. Pengambilan minuman ringan berlebihan
Minuman manis berkarbonat adalah
salah satu sumber makanan yang paling berpotensi merosakkan gigi. Ini
bukan hanya masalah kandungan gula pada minuman ringan @ soft drink yang
buruk bagi gigi anda tetapi asid yang dimasukkan ke dalam minuman juga
menyumbang untuk pembentukan gigi berlubang.
10. Menghisap ibu jari
Menghisap ibu jari adalah salah
satu kebiasaan yang paling biasa di antara kanak-kanak. Tetapi ianya
boleh mengganggu kedudukan gigi depan atas dan bawah, sehingga
menyebabkan gigi atas melebar keluar atau disebut sebagai jongang. Salah
satu rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan rawatan ortodontik.
gigi bersih hati pun bersih!!
ReplyDeleteXD
Delete