Mula-mula kita kenal dulu makna mandi. Mandi ialah meratakan air
diseluruh badan dengan niat. Jadi ingat bila kita mahu mandi wajib,
contoh, buka paip atau shower, turun air kena ditubuh badan baru niat.
Selepas kena air, niat dalam hati, aku mengerjakan mandi wajib atau aku
mengangkat hadas yang besar.
Bahagian yang perlu jaga ialah bahagian punggung sebab kalau kita
berdiri ia akan tertutup, kalau boleh cuba duduk untuk ratakan air di
bahagian punggung.
Ada satu Hadis menyatakan, satu bulu pun tak boleh tak kena air, bab
mandi wajib ni kena serius sebab ia berkaitan dengan kebersihan. Tak sah
mandi wajib maka tak sah solat, Nabi pernah lihat orang kena seksa
dalam kubur sebab mandi wajibnya tidak sah.
- niat mandi wajib dan meratakan air seluruh badan-
XD
No comments:
Post a Comment