Kisah persahabatan ini mula mendapat perhatian apabila, Miyoko Ihara, seorang jurugambar dan juga cucu kepada Nenek Misa mula memgambil gambar neneknya dan Fukumaru sejak sekian lama dan mula menerbitkan buku bergambar tentang persahabatan sejati manusia dengan haiwan ini. Kini Nenek Misa yang sudahpun mencecah 88 tahun sentiasa ditemani Fukumaru di rumah, bersama kawan mahupun ke ladang.Fukumaru dianggap sebagai pembawa tuah dan reeki kepada Nenek Misa. Oleh itu nama Fukumaru dipilih yang bermaksud God of Fortune mengikut kepercayaan Nenek Misa.
Hidup bersama dan menjadi tua bersama, hampir sedekat bersama, mereka berkongsi banyak pengalama malah menyambut hari lahir bersama.
Sangat cute
Fukumaru yang mempunyai kecacatan pendengaran dan Nenek Misa yang juga mengalami masalah pendengaran menjadi mata antara satu sama lain. Setiap hari Fukumaru akan bersama Nenek Misa pergi ke ladang untuk bertani. Fukumaru akan berguling dan bermain sambil menunggu Nenek Misa sedang bekerja dan kadang-kadang merayau di sekeliling untuk melihat apa yang dilakukan Nenek Misa.
Tidak ada yang lebih manis dari keakraban hubungan mereka berdua. Bukan sahaja ke ladang, malah makan dan mandi juga, Fukumaru setia bersama dengan Nenek Misa termasuklah semasa Nenek Misa berehat dan tidur.
Menurut Miyoko, mereka berdua terlalu gembira bersama. "Apabila saya mengambil gambar mereka berdua, seolah-olah saya sedang mengambil gambar saya sendiri bersama gadis kecil. Melihat nenek saya, dia hidup dengan penuh kekuatan yang tak mungkin ada pada generasi sekarang. Bangun pagi bersama terbitnya matahari dan kembali tidur bersama terbenamnya matahari. Nenek terlalu menyayangi fukumaru dan sayur-sayurannya. Nenek gembira apabila sayurnya tumbuh dengan subur. Kadang-kadang saya cemburu dengan cara hidup nenek."
Kisah hidup mereka telah didokumentasi dalam Misao The Big Mama And Fukumaru The Cat
sweet kan? XD
No comments:
Post a Comment