LONDON 11 Dis. - Seekor kucing peliharaan yang dinamakan sebagai Milo
telah 'mencuri' lebih 20 set kunci milik jiran-jiran pemiliknya sejak
beberapa bulan lalu.
Pemiliknya, Kirsten Alexander tidak
mengetahui perkara tersebut sehinggalah suatu hari dia melihat kucing
itu pulang melalui pintu khas yang dibinanya dengan satu set kunci
tersangkut pada lehernya.
Dia juga sedar Milo telah melakukan 'jenayah' tersebut setelah menemukan beberapa koleksi kunci lain di sekitar rumahnya.
Alexander, 27, memakaikan tali yang mempunyai magnet pada leher haiwan
itu supaya Milo boleh membuka pintu khas kucing tersebut secara
automatik.
Pintu khas tersebut dibina bagi menghalang kucing
lain daripada menyelinap ke dalam kediaman itu dan makan makanan yang
disediakan untuk Milo.
Tanpa pengetahuan Alexander, Milo
melakukan 'perkara' tersebut di kediaman jiran-jirannya, menyebabkan
beberapa barang milik mereka tersangkut pada lehernya terutamanya
set-set kunci berkenaan.
Pada mulanya, penduduk di Stoke
Newington, timur laut London menyangka mereka tersalah meletak kunci
mereka, namun lama-kelamaan mula curiga selepas kejadian itu berulang.
Selepas menyedari bahawa 'pencuri kunci' yang sebenar adalah Milo,
Alexander melakukan 'operasi mencari' dan akhirnya menemui 12 set kunci
di taman yang terletak belakang rumahnya, lapan set kunci di dalam rumah
dan enam set lagi di laman rumah jirannya.
Dia turut menemui beberapa barangan besi di sekitar kediamannya termasuk paku, pin, skru dan selak.
"Saya memang tidak tahu Milo menyelinap ke rumah jiran dan secara tidak
sengaja mengambil kunci-kunci mereka. Saya sudah memulangkan kunci
tersebut, nasib baik jiran tidak marah dan menganggap kejadian itu
sebagai sesuatu yang melucukan," katanya. - AGENSI
Dia juga sedar Milo telah melakukan 'jenayah' tersebut setelah menemukan beberapa koleksi kunci lain di sekitar rumahnya.
Alexander, 27, memakaikan tali yang mempunyai magnet pada leher haiwan itu supaya Milo boleh membuka pintu khas kucing tersebut secara automatik.
Pintu khas tersebut dibina bagi menghalang kucing lain daripada menyelinap ke dalam kediaman itu dan makan makanan yang disediakan untuk Milo.
Tanpa pengetahuan Alexander, Milo melakukan 'perkara' tersebut di kediaman jiran-jirannya, menyebabkan beberapa barang milik mereka tersangkut pada lehernya terutamanya set-set kunci berkenaan.
Pada mulanya, penduduk di Stoke Newington, timur laut London menyangka mereka tersalah meletak kunci mereka, namun lama-kelamaan mula curiga selepas kejadian itu berulang.
Selepas menyedari bahawa 'pencuri kunci' yang sebenar adalah Milo, Alexander melakukan 'operasi mencari' dan akhirnya menemui 12 set kunci di taman yang terletak belakang rumahnya, lapan set kunci di dalam rumah dan enam set lagi di laman rumah jirannya.
Dia turut menemui beberapa barangan besi di sekitar kediamannya termasuk paku, pin, skru dan selak.
"Saya memang tidak tahu Milo menyelinap ke rumah jiran dan secara tidak sengaja mengambil kunci-kunci mereka. Saya sudah memulangkan kunci tersebut, nasib baik jiran tidak marah dan menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang melucukan," katanya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment