Hujan air batu merupakan sejenis ketulan
atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma
boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses
pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di
atmosfera pada lapisan di atas tahap beku.
Air batu yang terjadi dengan proses ini
biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras
yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair.
Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh
juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan
adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan
benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka
terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.
No comments:
Post a Comment