widget

Showing posts with label keranda. Show all posts
Showing posts with label keranda. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Peniaga keranda berebut mayat



PETUGAS pengurus pengebumian menyiapkan satu mayat wanita di Guatemala City.


  GUATEMALA CITY - Pihak pengurusan mayat di ibu negara Guatemala semakin galak sehingga pengendali bisnes itu mendapat gelaran sinis sebagai 'Calaqueros' atau penjual tengkorak.

Mereka sanggup mengejar ambulans, menunggu di luar bilik mayat atau bergegas ke tempat jenayah untuk bertemu dengan anggota keluarga si mati bagi menjual pelbagai pakej pengebumian.

Bandar ini yang terkenal dengan kadar pembunuhan tinggi menyebabkan ramai pengusaha merasuah pihak berkuasa seperti polis dan bomba bagi mendapatkan mayat.

Mereka juga sedia menawarkan bantuan daripada permohonan sijil kematian atau permit pembakaran mayat kepada jualan keranda dengan harga semurah AS$150 (RM515).

Pengendali bisnes ini ada di mana-mana malah sebuah rumah pengurusan mayat di sini terletak dalam bekas bengkel kenderaan yang kini menjual keranda dan pelbagai urusan mayat.

Perang antara beberapa kumpulan samseng dan pengedar dadah menjadikan Guatemala City antara 10 bandar raya paling bahaya di dunia yang mencatat kadar kematian tertinggi. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Friday, September 30, 2011

Keranda ceria untuk si mati



GAMBAR yang disiarkan Bernama semalam menunjukkan Elsie Chua (kiri) bersama dua rakannya duduk dekat keranda masing-masing yang mempunyai hiasan ceria di rumah kebajikan St. Joseph's Home di Singapura.


SINGAPURA - Seorang wanita dari Belgium, Ines van Gucht berusia 27 tahun semalam memenangi wang tunai AS$3,000 (RM9,282) kerana memenangi tempat pertama pertandingan mencipta keranda ceria.

Wanita itu menghiasi sebuah keranda yang menunjukkan satu makhluk berwarna gelap yang dianggapnya sebagai seorang rakan yang akan menemaninya selepas dia meninggal dunia.

Sebanyak enam rekaan dari 733 permohonan dijadikan hiasan keranda peribadi dalam pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama rumah kebajikan St. Joseph's Home di sini.

Dalam pertandingan itu, terdapat rekaan hiasan keranda yang mirip batang coklat dan lukisan mengenai makanan malam.

Tiga wanita Singapura yang tinggal di rumah kebajikan itu turut mencipta hiasan keranda masing-masing bersama artis tempatan dalam projek keranda ceria.

Ketiga-tiga wanita itu akan menggunakan keranda 'berhias' itu apabila mereka meninggal dunia.

"Saya berasa gembira dengan keranda ini," kata salah seorang wanita itu, Elsie Chua yang berumur 76 tahun. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...