widget

Showing posts with label sweets. Show all posts
Showing posts with label sweets. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Gula-gula lahirkan pengganas?

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang makan gula-gula setiap hari cenderung menjadi seorang yang ganas apabila dewasa.

Data daripada 17,500 peserta dalam kajian statistik British mendapati, kanak-kanak berusia 10 tahun yang makan coklat, gula-gula atau konfeksionari lain setiap hari secara signifikan lebih cenderung disabitkan jenayah keganasan pada usia 34 tahun.
SEJAUH manakah gula-gula boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi ganas apabila mereka dewasa?


Secara spesifiknya, 69 peratus yang ganas pada umur 34 tahun telah memakan gula-gula setiap hari semasa mereka kecil, berbanding 42 peratus yang tidak ganas. Bagaimanapun, saintis tidak pasti mengapa.

"Penerangan yang boleh kami beri setakat ini ialah memberikan gula-gula dan coklat secara umumnya menghentikan kanak-kanak daripada belajar bagaimana untuk menunggu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hendak," kata ketua pengkaji Simon Moore dari Cardiff University. 

"Tidak boleh menangguhkan untuk mendapat apa yang disukai boleh mendorong mereka bertindak melulu dan ia amat berkaitan dengan melakukan jenayah."

Kajian itu diperincikan dalam British Journal of Psychiatry.

"Perkaitan antara pengambilan bahan konfeksionari dan jenayah keganasan perlukan perhatian untuk kajian lanjut," Moore dan rakan-rakan pengkajinya menulis. 

"Menyasarkan pada apa yang kanak-kanak makan boleh memperbaiki kesihatan dan mengurangkan keganasan."

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Tuesday, October 11, 2011

Pothead Ring Pots- Gula-gula berbentuk pokok ganja



SEORANG anggota majlis perbandaran Buffalo menunjukkan bungkusan gula-gula menyerupai pokok ganja.
BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Gula-gula berbentuk pokok ganja yang dijual secara bebas di beberapa pasar raya mengejutkan aktivis antidadah dan pemimpin bandar itu walaupun ia dikatakan tidak memudaratkan kanak-kanak.

Gula-gula Pothead Ring Pots dan Pothead Lollipops diedarkan ke kedai-kedai oleh pembekal terkenal syarikat Kalan LP dari Philadelphia.

Presiden syarikat itu, Andrew Kalan berkata, gula-gula tersebut berada di pasaran sejak enam hingga sembilan bulan lalu di 1,000 kedai di seluruh negeri New York turut mempromosi supaya ganja dibenarkan di sisi undang-undang.

Namun, seorang ahli majlis perbandaran, Darius Pridgen berkata, membenarkan sebuah kedai berlesen menjual gula-gula itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...