
Monday, October 17, 2011
Miliki lengan seperti Popeye
| |
| SCHLITTE menunjukkan lengannya. |
BERLIN - Pandangan anda silap jika menganggap lengan watak kartun popular, Popeye merupakan satu imaginasi semata-mata dan tidak berlaku dalam situasi sebenar.
Seorang pemuda, Matthias Schlitte dari Jerman membuktikan dia memiliki lengan besar seperti watak kartun Popeye itu.
Menurut sebuah akhbar, lengan tangan Schlitte, 22, jauh lebih besar berbanding lengan kirinya yang kecil.
Lengan itu banyak membantu pemuda itu menjuarai beberapa pertandingan gusti lengan di Jerman sejak dia mula menceburi sukan itu.
"Ramai orang mengaitkan gusti lengan dengan pengunjung bar dan pemabuk tetapi itu sama sekali tidak benar," katanya.
"Pertandingan pertama yang saya sertai ialah pada 2004," tambahnya.
"Ketika itu saya berusia 16 tahun dan tidak berpengalaman tetapi saya nekad bertanding dalam kategori berat 90 kilogram walaupun berat saya cuma 65 kilogram," jelasnya. - Agensi
Nenek jual gambar bogel
MARIANNE semasa muda.
BERLIN - Seorang nenek, Marianne L. terpaksa menjual beberapa gambar bogel zaman mudanya semata-mata untuk menyara dirinya dan membayar bil.
Nenek berusia hampir 80 tahun itu mendapat idea tersebut selepas semua hartanya dirompak dan menyedari bahawa dia tidak mampu menyara hidup dengan wang pencen.
"Minyak wangi mahal dan koleksi piring hitam berharga termasuk gambar ibu saya telah dirompak," katanya.
| |
| MARIANNE |
Selepas membayar semua bil, baki pencen Marianne hanya cukup untuk membeli makanan menyebabkan dia terpaksa menjual gambar-gambar bogelnya.
Gambar itu merupakan satu-satunya barang berharga yang masih disimpan.
Gambar-gambar tersebut, yang disimpan dalam sampul surat menunjukkan Marianne berbogel di sebelah sebatang pokok dan taman semasa berusia 20 tahun.
"Ia dirakamkan pada 1954 oleh suami saya. Saya dimaklumkan bahawa gambar lama seperti itu dapat dijual dengan harga mahal di Internet," katanya.
"Saya benar-benar memerlukan wang," tambahnya. - Agensi
Bunting tanpa senyawa
SEJENIS jerung hujung hitam Atlantik yang dinamakan Tidbit tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan ia bahkan tidak melakukan hubungan kelamin. Jadi, para saintis amat terkejut semasa satu autopsi apabila jerung tersebut didapati hamil.
Ini merupakan kali kedua kehamilan dara bagi jerung yang dilaporkan.
"Kami tidak pernah melihat ia berkelakuan seperti hamil atau menunjukkan tanda-tanda biasa telah bersenyawa," kata pengkaji Beth Firchau dari Virginia Aquarium, tempat di mana Tidbit telah tinggal sejak 10 tahun lalu.
Jerung biasanya akan mengubah tabiat pemakanan ketika mengandung, dan jerung betina biasanya akan mempunyai tanda gigitan dan tanda-tanda fizikal yang lain akibat keganasan dalam sesi persenyawaan.
"Tidak terdapat jerung hujung hitam jantan dalam tangki tersebut sejak 10 tahun lalu," Firchau menambah.
Jerung hujung hitam Atlantik, Carcharhinus limbatus mendapat namanya kerana tanda hitam yang ketara di hujung sirip mereka. Ia merupakan antara spesies jerung yang paling biasa ditemui di perairan Florida, Amerika Syarikat.
"Saya fikir, mungkin ini merupakan sesuatu yang secara asasnya, banyak jerung betina boleh lakukan," kata pengkaji, Demian Chapman, saintis jerung dari Institut Sains Pemuliharaan Laut, Stony Brook University, New York.
Subscribe to:
Posts (Atom)