|
BERLIN - Pandangan anda silap jika menganggap lengan watak kartun popular, Popeye merupakan satu imaginasi semata-mata dan tidak berlaku dalam situasi sebenar.
Seorang pemuda, Matthias Schlitte dari Jerman membuktikan dia memiliki lengan besar seperti watak kartun Popeye itu.
Menurut sebuah akhbar, lengan tangan Schlitte, 22, jauh lebih besar berbanding lengan kirinya yang kecil.
Lengan itu banyak membantu pemuda itu menjuarai beberapa pertandingan gusti lengan di Jerman sejak dia mula menceburi sukan itu.
"Ramai orang mengaitkan gusti lengan dengan pengunjung bar dan pemabuk tetapi itu sama sekali tidak benar," katanya.
"Pertandingan pertama yang saya sertai ialah pada 2004," tambahnya.
"Ketika itu saya berusia 16 tahun dan tidak berpengalaman tetapi saya nekad bertanding dalam kategori berat 90 kilogram walaupun berat saya cuma 65 kilogram," jelasnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment