CAVE CREEK - Ratusan orang berlari bagi mengelak ditanduk beberapa ekor lembu jantan di bandar ini yang terletak di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Menurut pihak penganjur, larian itu adalah lebih selamat berbanding dengan acara yang terdapat di Pamplona, Sepanyol.
Pihak penganjur menyatakan bahawa lembu jantan yang digunakan dalam acara tersebut tidak mempunyai tanduk yang tajam seperti di Sepanyol kerana ia telah ditumpulkan.
"Saya masih menggeletar," kata seorang peserta larian itu, Maureen Borsodi dari Los Angeles selepas dia menamatkan larian.
"Ia seperti satu rusuhan," tambahnya.
Hampir 12 ekor lembu mengejar 200 orang dalam larian melibatkan satu minit.
Walaupun terdapat sejumlah kecil orang terjatuh, tidak ada seorang pun peserta yang mengalami kecederaan yang serius. - Agensi
No comments:
Post a Comment