OKU berumur 60 tahun dicekup main judi
SEREMBAN – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) merupakan antara 19 kaki judi dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dalam serbuan Ops Judi Siber di sebuah premis di Taman Desa Anggerik dekat Senawang.
Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, semua suspek yang berusia antara 17 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi yang turut disertai sepasukan anggota polis dari Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.
Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya turut merampas 40 unit komputer yang disyaki menjadi mesin judi di premis terbabit.
“Bertindak atas maklumat diterima, JHEINS telah melakukan intipan awal sebelum menyerbu premis tersebut pada pukul 10.05 malam."
“Antara yang ditahan kerana disyaki bermain judi ialah seorang lelaki orang kelainan upaya berusia 60 tahun,” katanya.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati, premis yang turut menawarkan penjualan arak kepada pelanggan didapati beroperasi secara haram.
note : jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan
No comments:
Post a Comment