widget

Monday, November 14, 2011

Gambar wanita daki bukit paling sukar



PARKINS mendaki bukit di Moon Hill, China.



BEIJING - Gambar seorang wanita Australia, Tilly Parkins, 30-an, yang menunjukkan kehebatannya mendaki sebuah bukit paling sukar di China dipamerkan pada Festival Mendaki Bukit yang sedang berlangsung di Yangshuo.

Dia yang bertugas sebagai juruteknologi jantung di sebuah hospital sibuk di Sydney berjaya mendaki kawasan batuan ceracak di Moon Hill di wilayah Yangshuo.

AKSI Parkins mendaki Gunung Gua Hollow di Australia.


Bukit batu kapur setinggi 228 meter di tenggara China itu mengambil masa 20 minit untuk tiba di puncak.

Dia pernah mendaki beberapa gunung antaranya Gua Hollow di Australia. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Budak bersin 12,000 kali sehari



GAMBAR menunjukkan sebelum dan semasa Lauren bersin.



RICHMOND - Seorang budak perempuan di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Lauren Johnson, 12, bersin sehingga 20 kali seminit atau 12,000 kali sehari.

Lauren mula bersin tanpa henti sejak diserang selesema dan menyebabkan dia tidak dapat pergi ke sekolah malah sukar menjamah makanan.

Namun, Lauren tidak bersin semasa dia tidur pada waktu malam dan keadaan aneh tersebut turut membingungkan doktor-doktor yang belum tahu puncanya.

Dalam satu wawancara menerusi program Today Show di stesen televisyen NBC kelmarin, dia turut bersin pada siaran bual bicara .

"Saya tidak boleh berhenti (bersin)," kata Lauren dalam temu ramah lima minit itu.

Ibunya, Lynn Johnson berkata, anaknya telah banyak bertemu dengan ramai pakar perubatan untuk menjalani diagnosis dan sudah mencuba 11 jenis rawatan yang berbeza.

Seorang pakar percaya dia menderita sindrom yang dikenali bersin mesingan merujuk kepada seseorang yang bersin tanpa henti. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Wanita tanpa mata, mulut dan hidung


NASH memakai penutup kepala selepas wajahnya tidak mempunyai mata, mulut dan hidung. Gambar kecil cimpanzi yang menyerang Nash.


CLEVELAND - Seorang wanita, Charla Nash yang mengalami kecederaan teruk di muka selepas diserang oleh seekor cimpanzi di rumah rakannya berkata, dia tidak mahu mengingati lagi kejadian itu.

Nash, 56, kini tidak mempunyai kedua-dua mata yang terpaksa dikeluarkan oleh doktor kerana jangkitan kuman termasuk mulut, kelopak mata dan hidung manakala semua jarinya terpaksa dipotong kerana seperti sudah hancur dikunyah.
WAJAH Nash sebelum dicederakan cimpanzi.


Kejadian itu berlaku apabila dia mengunjungi rumah rakannya, Sandy Herold di Stamford yang memelihara cimpanzi jantan seberat 90.71 kilogram sejak bayi lagi.

Cimpanzi itu menyerang Nash selepas haiwan itu berjaya melarikan diri dari kurungan di rumah rakannya itu. 

Herold berjaya menikam cimpanzi itu dengan sebilah pisau semasa Nash diserang sebelum ia mati ditembak oleh anggota-anggota polis.

"Saya tidak mahu diganggu dengan kejadian ngeri ini," katanya yang memakai penutup kepala pada program bual bicara The Oprah Winfrey.

Sebelum dia mendedahkan wajahnya yang tidak mempunyai mata, mulut dan kelopak mata itu, Oprah Winfrey yang mengacara program tersebut memberi amaran kepada penonton bahawa mereka akan melihat sesuatu yang amat mengejutkan.

Nash menyatakan dia kini memakai tudung kepala semasa berjalan bagi mengelak orang ramai takut padanya.

Dia yang mempunyai seorang anak perempuan berumur belasan tahun semakin pulih dan masih menjalani rawatan di Hospital Cleveland di Ohio. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Katy Perry mahu banyak anak



KATY PERRY


PENYANYI Katy Perry baharu sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pelawak British, Russell Brand. 

Dia kini juga memikirkan untuk membesarkan keluarganya. 

"Adakah anda mahu sebuah keluarga yang besar? Adakah itu sesuatu yang akan anda fikirkan iaitu mempunyai anak-anak yang ramai?" tanya Ellen DeGeneres kepada Katy ketika menemubual penyanyi itu untuk rancangan The Ellen DeGeneres Show. 

Kata Katy: "Ya, saya ingin mempunyai anak. Saya rasa itu adalah salah satu alasan mengapa kita berkahwin. Lebih-lebih lagi jika mendapat pasangan yang anda fikirkan dia boleh menjadi pasangan dan bapa yang baik kepada anak-anak."

Begitupun, Katy memberitahu, dia belum lagi bersedia untuk menjadi seorang ibu. 

"Saya tidak pasti lagi. Kita tunggu dan lihat ya," katanya.
Apabila Ellen bertanya adakah dia ingin mempunyai anak yang ramai, kata penyanyi idola remaja itu, kebarangkalian dia mahu anak yang ramai tidak mustahil.

"Jika kali pertama beranak tidak menyakitkan, saya akan melakukannya banyak kali," katanya dalam ketawa. 

Dalam perkembangan lain, penyanyi itu juga mengumumkan pada 23 November ini, dia akan mengadakan konsert percumanya, California Dreams, di Pusat Staples, Los Angeles.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Sunday, November 13, 2011

biji POKOK KELAPA LAUT yang agak lucah


inilah seed of Coco de Mer tree a.k.a biji POKOK KELAPA LAUT. 

Ia sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus.

Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan.

Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. 

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. 

Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan (==’) yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik (^^,)

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut.

Hehe..asyik bersengalan je, sesekali kita berinfo sambil pekena jus kelapa laut yang marvellous..(patutlah air nih mahal)..









gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...