widget

Thursday, September 22, 2011

kulit labu dijadikan helmet untuk elak saman

PEMBONCENG dan penunggang motosikal memakai 'topi 
keledar' buatan sendiri di Lagos Nigeria.
KANO - Gara-gara harga topi keledar yang mahal di Nigeria, ramai pengguna motosikal mencuba pelbagai helah bagi mengelak disaman polis, lapor sebuah akhbar.


Polis Nigeria pening kepala selepas mereka menangkap sejumlah penunggang motosikal memakai kulit buah labu, belanga dan cebisan tayar di kepala sebagai ganti topi keledar.
"Kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka. Kami memberikan cukup masa untuk pemilik motosikal membeli topi keledar," kata Komander Suruhanjaya Keselamatan Jalan Persekutuan, Yusuf Garba di bandar raya Kano, utara Nigeria.
Menurutnya, mana-mana penunggang motosikal yang tidak mengendahkan peraturan itu akan dikenakan denda dan polis juga akan merampas motosikal mereka.
Undang-undang yang mewajibkan penunggang dan pembonceng motosikal supaya memakai topi keledar mula berkuat kuasa pada 1 Januari lalu tetapi ia mencetuskan kekecohan di kalangan pemilik kenderaan dua roda tersebut. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...