widget

Monday, October 24, 2011

bapa didenda sebab cuba roboh rumah anak dengan jentolak





MAT YASIN yang didenda RM500 kerana cuba merobohkan rumah didiami anaknya keluar dari Mahkamah Majistret Marang.




MARANG – Seorang warga emas didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas kesalahan cuba merobohkan rumah anaknya sendiri menggunakan sebuah jentolak dalam kejadian pada 1 Mei lalu.


Mat Yasin Ali, 71, yang ditemani peguamnya, Ahmad Fairuz Jusoh kelihatan tenang ketika membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menggunakan sebuah jentolak dengan niat merobohkan sebuah rumah yang diduduki anak, menantu dan cucu-cucunya.


KEADAAN dapur rumah Yusuf di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung, Marang yang belum dibaiki selepas diroboh oleh bapa kandungnya pada 1 Mei lalu.




Perbuatan itu dilakukan di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung dekat sini pada pukul 9.30 pagi pada 1 Mei lalu.


Semasa kejadian dalam rumah tersebut mempunyai enam beranak termasuk anak tertuduh, Yusuf, 51.


Pertuduhan tersebut turut menyebut, perbuatan gopoh cuba memusnah kediaman tersebut membahayakan nyawa manusia dan tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.


Jika sabit kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai tiga bulan, atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...