INDIANAPOLIS - Seorang perompak di Amerika Syarikat (AS), Gregory Smith, 23, menangis selepas mangsanya memberikan ceramah kerohanian kepadanya.
Kejadian yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai pinjaman tunai di sini menunjukkan Smith cuba menyamun premis itu.
Namun, dia yang bersenjata api didapati insaf dan duduk melutut setelah kerani wanita kedai itu memberi ceramah agama sebelum mereka berpelukan sambil berdoa hampir 10 minit.
Smith dipercayai memberitahu mangsa yang dia mempunyai seorang anak berusia dua tahun dan memerlukan wang untuk menyara hidup sebelum melarikan wang tunai AS$20 (RM68).
Polis berkata, suspek yang turut menyamun telefon bimbit mangsa kemudian menyerah diri dan dia kini didakwa merompak dan memiliki senjata api tanpa lesen. - Agensi
No comments:
Post a Comment