WASHINGTON - Kesan perubahan iklim global kini didapati mampu merebakkan penyakit bawaan nyamuk ke tempat yang selama ini adalah sejuk, dedah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS).
Kajian terkini badan Amerika Syarikat (AS) itu, sejumlah 12 spesies zoonoses atau haiwan pembawa wabak termasuk nyamuk tropika dikesan berhijrah ke kawasan utara yang dingin.
Laporan diterbitkan sempena Kongres Pemuliharaan Sedunia di sini mendakwa, penyakit Lyme dan demam Nile yang belum pernah ada di Kanada mulai muncul akibat dibawa oleh nyamuk AS itu.
"Nyamuk ini sanggup terbang jauh ke utara AS kerana suhu malam di Kanada tidak lagi sejuk," kata pengarah program kesihatan global WCS, William Karesh. - Agensi
No comments:
Post a Comment