Ratu cantik gay diserang pesaing
|
JUIZ DE FORA – Seorang pemenang pertandingan Ratu Cantik Gay Brazil, Ava Simoes (gambar) diserang oleh pesaingnya, Espirito Santo semasa majlis penyampaian hadiah.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang merupakan seorang doktor gigi dari Rio de Janeiro, 189 kilometer dari sini, diisytiharkan sebagai Ratu Cantik Gay 2009 walaupun Santo mendapat undian paling popular.
Semasa diwawancara oleh wartawan penyiaran, Santo tiba-tiba meluru ke arah Ava dan menarik tiara yang dipakainya menyebabkan rambut palsu mangsa terlucut dari kepala.
Ia mendapat perhatian ramai pihak selepas laman perkongsian YouTube menyiarkan insiden itu.. – Agensi
No comments:
Post a Comment