widget

Tuesday, December 13, 2011

Keajaiban pil berlian biru





SEBELUM iklan pil biru dengan nama mencuit hati muncul di kaca televisyen di Amerika Syarikat (AS) sedekad yang lalu, masalah seksualiti lelaki dianggap sebagai satu perkara yang mengaibkan.

Bagaimanapun, kemunculan pil Viagra pada tahun 1998 berjaya membongkar topik mati pucuk yang selama ini merupakan tabu dan jarang dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat.

Sejak itu, masyarakat dunia terutamanya kaum lelaki tidak dapat lari daripada bercerita mengenai Viagra dan kesan ajaibnya.

Kini, peti-peti e-mel setiap hari sarat dengan mel sampah yang menjanjikan 'kejantanan' segera dengan harga murah, penghantaran cepat dan dalam kuantiti yang banyak.

Pil penawar mati pucuk itu sudah membantu lebih 25 juta lelaki mendapatkan kembali syurga kehidupan seksual mereka dan lebih penting, mati pucuk bukan lagi memalukan .

"Viagra seperti letupan bom nuklear," kata Pengarah Ubat-Ubatan Seksual Hospital Alvardo diCalifornia, Dr. Irwin Goldstein.

"Ia mengubati mati pucuk dan pada masa yang sama ia memusnahkan tabu mengenai masalah tersebut," tambahnya.

Sejak pil berbentuk berlian itu muncul, ia diterima baik masyarakat dan menjadi topik perbualan serta jenaka selain perkataan yang kerap didengar di pejabat pakar urologi.

"Pil itu mencipta revolusi dalam kesihatan seksual," kata jurucakap Persatuan Urologi AS, Dr. Ira Sharlip.

"Ia setaraf dengan penyelidikan saintis tahun 1960-an iaitu Sigmund Freud yang berjaya mengubah tanggapan negatif masyarakat mengenai seks," tambahnya. 

Menurut Sharlip, usaha Freud dan penemuan Vigara merupakan kemajuan besar dalam pemahaman seksualiti manusia dan penerimaan masyarakat mengenai isu itu.

Sebelum Viagra diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) pada tahun 1998 bagi mengubati mati pucuk, kaum lelaki pantang bercerita mengenai masalah dalam kelambu mereka.

"Kami kesal kerana lelaki begitu malu untuk bercerita mengenai mati pucuk dan jarang tampil di hospital untuk mendapat rawatan," kata seorang profesor urologi Sekolah Perubatan Harvard, Dr. Arbraham Morgentaler.


PIL VIAGRA boleh didapati di pasaran dengan tiga dos iaitu 25mg, 50mg dan 100mg.


Kaedah rawatan sebelum Viagra seperti suntikan zakar dan pam vakum gagal menarik minat kaum Adam.

Jelas Goldstein, lelaki yang menghidapi diabetes, kanser prostat, kolestrol tinggi dan masalah kardiovaskular tidak dapat menikmati hubungan seks.

"Golongan itu mendapat peluang kedua dengan Viagra dan kehidupan mereka berubah menjadi lebih hebat," katanya.

Pengeluar pil itu, Pfizer memberitahu, Viagra berfungsi dengan meningkatkan aliran darah pada zakar sekali gus membolehkan lelaki mengalami zakar yang keras.

Bagaimanapun, kata Pzifer, ubat tersebut tidak boleh menaikan berahi lelaki dan hanya berkesan apabila nafsu seks seseorang itu terangsang.

Pakar-pakar urologi kerap mendengar pesakit mereka yang pernah mencuba Viagra menyatakan pil ajaib itu membuatkan mereka berasa seperti pada usia 20 tahun.

Tidak lama selepas kemunculan Viagra, dua ubat mati pucuk lain yang tidak kurang popular iaitu Levitra dan Cialis turut diluluskan FDA bagi kegunaan pesakit.

Keterbukaan dalam membincangkan masalah seksual sejak pengunaan Viagra turut membantu doktor mengenal pasti masalah lebih serius yang dideritai penghidap mati pucuk seperti sakit jantung.

"Anda sering mendengar seseorang yang mati mengejut," kata pakar urologi dan penulis buku Seks dan Jantung, Dr. Chris Steidle.

"Hidup anda bukan berakhir jika anda mengalami mati pucuk tetapi ia merupakan tanda-tanda bahawa anda mengalami masalah jantung.

"Anda akan segera berjumpa doktor jika diserang angin ahmar tetapi tidak berbuat demikian jika mengalami mati pucuk," tambahnya.
- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

1 comment:

  1. Thanks for sharing.. Tapi orang tak mati pucuk boleh ke makan ubat ni eik?? Rasa cam nak cuba tapi tak tau kat mana nak beli.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...