widget

Saturday, January 21, 2012

DIY- head grass / kepala rumput / suka hati nak bagi nama apa


Pertama sekali, anda memerlukan:

  • benih rumput
  • stoking lama
  • pasir
  • pinggan plastik
  • cardboard berbentuk silinder
  • straw minuman
  • bekas ais krim atau mentega
  • gam gajah
  • gunting


Langkah pertama ialah anda perlu memotong stoking/panty hose leg sepanjang 30 cm. Kemudian, potong bahagian hujung jari stoking (bahagian yang tebal dari bahagian stoking yang lain). Seterusnya ikat di satu penghujung stoking dan pastikan ianya ketat. Potong lebihan ikatan supaya ia menjadi kemas.




Langkah seterusnya ialah masukkan cardboard yang berbentuk silinder ke dalam stoking tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk memasukkan benih rumput serta pasir ke dalam stoking.




Selepas itu, masukkanlah benih rumput lebih kurang suku cawan dan kemudian masukkan pula pasir ke dalam stoking tersebut. Keluarkan cardboard silinder secara sedikit demi sedikit bagi membolehkan pasir memenuhi semua stoking itu. Pastikan pasir memenuhi stoking sehingga ia menjadi seakan-akan bentuk bola.




Saiznya bergantung kepada besar kepala yang anda inginkan. Setelah berpuas hati dengan saiz kepala anda, ikatlah dengan kemas hujung stoking tersebut, pastikan ia ketat dan kemas.






Sekarang anda telah siap mempunyai sebiji kepala.




Namun, apa yang anda inginkan sekarang adalah Kepala Berambut Rumput. Oleh itu, kepala anda masih belum siap lagi.

Langkah seterusnya ialah hiaskan kepala anda dengan straw minuman berserta dengan bekas ais krim atau majerin. Tampalkan ia dengan menggunakan gam gajah. Dalam proses ini anda haruslah berhati-hati kerana apabila sekali sudah ditampal, anda tidak boleh menanggalkannya semula untuk mengelakkan dari stoking tersebut berlubang.



Inilah contoh kepala yang telah siap dihias.


Ketika proses menghias kepala, anda perlu memastikan di penghujung mana benih rumput anda diletakkan. Pastikan penghujung tersebut berada di bahagian atas iaitu rambut. Jika tidak hasil kepala anda nanti akan menjadi Kepala Berjanggut Rumput.

Dan langkah yang terakhir ialah letakkan kepala ini berdekatan dengan tingkap supaya ia mendapat cahaya matahari yang mencukupi dan siramlah kepala anda setiap hari. Tunggu sehingga rambut rumput anda tumbuh.




 


Rambut dah panjang nanti jangan lupa pulak potong dan bagi style sikit.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...