widget

Saturday, January 21, 2012

Tanda Terkena Sihir - (Self Scanning 101) D.I.Y

beberapa ari lepas aku dan beberapa kawan ada bercakap pasal banyak hal... dan salah satunya pasal sihir/penyakit keturunan/saka dan bla bla... dia cakap harap-harap la takde orang yang dengki kat dia sebab manatau kalo tiba akal sewel, rasa nak kenakan orang... tapi aku ada cakap kat dia, kadang2 bukan sebab kita ada musuh atau orang dengki kat kita, tapi kita terkena yang ntah sapa2... sihir tak kenal sapa2 (yang aku pernah baca macam tu lah)

so kat bawah ni ada beberapa cara untuk kita analisis pasal diri kita... artikel ni aku amik dari blog adam vai.. harap2 kita sentiasa dilindungi.. 


walaupun tak alim ulama, sekurang2nya kita berusaha buat yang terbaik untuk diri dan orang-orang sekeliling kita...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzkp47i1nUH-2jwRRbQFrZ-ne6BOmvYvACVSWqVkeby7tLq4sUS9Vp5ejv5QiHlrDx0sJffg6LxaKFHOIL6_YDM9zE_7GAu_VkqpCvSAJ0k3AtRI9p_skvMBlt94EOdIQUxKw25BU0A6k/s1600/tukang+sihir+2.jpg

S̲e̲l̲f̲ ̲S̲c̲a̲n̲n̲i̲n̲g̲ ̲1̲0̲1̲ :

1. Malas untuk melakukan rutin harian / amal ibadat / pekerjaan.


Perasaan malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat. Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti - aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.


2. Tidak mampu untuk mengawal emosi.


Hilang kemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba - tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba.


3. Sentiasa mengalami gangguan semasa / sebelum tidur.


Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Bermimpi sesuatu yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.


4. Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar


Kerapkali berasa gelisah dan takut terutama apabila berseorangan (anda tidak tahu apa sebabnya dan tidak boleh dikawal). Mat saleh cakap: Nervous.


5. Hilang selera makan


Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.


6. Masalah hubungan suami – isteri


Hubungan suami – isteri yang baik tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.


7. Suka Bersendirian / Sedih


Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, sentiasa berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna dan tiada siapa peduli pasal anda.


8. Muncul kesan lebam pada tubuh


Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha. Notis: pastikan bukan lovebite ya?


9. Berasa tidak tenteram dirumah


Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah. Kadangkala akan terasa seperti panas di beberapa tempat didalam rumah.


10. Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik


Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.


11. Melihat / bermimpi binatang.


Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.


12. Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.


Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah. Ini seringkali berlaku dikalangan segelintir masyarakat kini.


13. Terhidu bau pelik


Terhidu bau seperti darah, bau wangian tanpa diketahui puncanya.


14. Sakit sakit badan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya


Seperti sakit tulang belakang, tapak kaki bagai menyucuk - nyucuk, lenguh badan disana sini.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...