Mula-mula, pergi kedai. Beli beras. Lagi tinggi kualiti beras tu lagi bagus.
Lepas tu,
korang letak air dalam besen. Lepas tu, masukkan beras tu dalam besen.
Lepas tu,korang rendam beras tu sampai beras tu jadi cair. Nanti, dia
jadi macam nestum bila dah cair. amik masa gak la nak tunggu beras ni lembik.. ntah2 betahun..
Lepas beras
korang dah cair, korang amik daun jambu air yang besar-besar tu, lepas
tu korang lipat-lipat dia, jadikan macam corong.
Lepas tu,
korang bentangkan kain atas tempat yang rata. Kain apa-apa pun boleh.
Kain cadar ke, kain sprah ke, kain kapan pun boleh. Haha. Lepas tu,
korang cedok beras cair tu, lepas tu korang masukkan dalam corong daun
jambu tu,
Lepas tu korang titik-titik atas kain yang korang bentang tu.
Lepas tu, korang bawak kain yang ada bedak sejuk tu,pergi jemur bawah matahari.
Bila korang
jemur tu, korang janganlah bagi ayam ke, kucing, angsa ke atau
sebagainya pergi dekat. Nanti diorang pijak ke, makan ke, berak ke, kita
mana tahu kan? maka carilah tempat yang tinggi sikit untuk jemur bedak ni
Lepas dah jadi
keras, korang bolehlah kikis bedak sejuk yang atas kain tu. Lepas tu,
korang amik botol, simpan bedak sejuk tu. Nak bagi wangi, korang amik
daun pandan, lepas tu korang potong kecik-kecik, lepas tu letakkan
sekali dalam botol.
So, dah siap!!
haha..berguna tips ni.thanks.dan lucu.
ReplyDelete