Bercakap sambil makan
Beramah mesra tu tak salah akan tetapi biarlah kena pada gaya dan masanya , kalau kat dalam mulut berkepok kepok nasi dan lauk
tak dan masuk dalam anak tekak , mulut lancang nak bercerita pungg
pangg pungg panggg ! Sampai yang tertoleh toleh tengok rasa nak muntah
darah kaler pelangi –.-‘
Bersin tak hengat dunia
Bersin adalah satu tindakan refleks ya anak anak jadinya ianya memang tak dapat nak di kawal oleh tuan empunya badan
tak kira dalam apa jenis situasi sekali pon. Akan tetapi alangkah
indahnya jika membiasakan diri dengan menutup mulut ketika bersin selain
dari membiarkan ianya terbentang luas lalu membuatkan orang sebelah menyebelah rasa tak selesa. Kannn? –.-‘
Kedai makan tersebut milik beliau
Kedai makan seharusnya lah untuk orang awam , tak kira dari pelusuk mana sekali pon dia datang akan tetapi tahu kah bahawasanya makhluk lain pon mempunyai hak untuk mendapatkan keselesaan di sesuatu tempat mereka berada?
Bukannya bersembang , ketawa berdekah dekah dekah sampai nak tersembol
anak tekak dan mengganggu makhluk yang lain. Kann ? –.-‘
Sinki basuh tangan untuk merenjis
Ini
adalah part yang paling terbaik bagi mereka yang belum bergelar
pengantin , sila lah dekati makhluk makhluk yang gemar berkelakuan
begini. Lepas dah habes melantak bagai nak rak , menuju ke sinki untuk
mencuci tangan dan mulut . Selepas mencuci tangan , makhluk tersebut
akan merenjis renjiskan saki baki air di tangan untuk di renjis kepada
yang belum bergelar pengantin. –.-‘
merokok dalam kedai
yang ni pesen bebal.... kot ya pon kedai tu takda tanda "dilarang merokok", toksah la dengan bebalnya merokok dalam kedai... i repeat, DALAM KEDAI... kalo kat luar kedai, takpa la juga... ini dalam kedai dan orang lain ramai lagi di sekeliling.. ("-__-)
ada banyak lagi kan yang korang pernah nampak.. tapi aku list sampai sini je.. ini pon aku cilok dan edit dari belog laily qaisyirah.
No comments:
Post a Comment