1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan
tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila
institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan
penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda
perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai
soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat
peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak
perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana
penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam
talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti
Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status
yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang
panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda,
sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika
anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut
memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman
teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun,
berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai
yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang,
terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan
anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati
dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan
nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda
berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers),
‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih
baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas
pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian
sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda
mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan
barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai?
Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan
peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis
hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta
pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
kalo suka sila share :)
No comments:
Post a Comment