widget

Tuesday, September 11, 2012

Nakurnjak---Sarung pemanas zakar di negara beriklim sejuk



Croatia merupakan sebuah negara beriklim sejuk yang mempunyai tradisi sendiri dalam seni pembuatan pakaian. Antara yang paling terkenal adalah sarung pemanas zakar!

Tradisi yang berkurun lamanya ini bagaimanapun hampir ditelan zaman sehinggalah salah seorang rakyatnya, Radmilla Kus mengambil keputusan untuk mempopularkan semula sarung tersebut.

Percaya atau tidak, tempahan yang diterima sungguh hebat hingga memaksa beliau menggajikan ramai pekerja semata-mata untuk mengait sarung-sarung zakar berkenaan!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa relevannya kain sarung itu?

Untuk pengetahuan korang, musim sejuk negara itu sering mencatatkan suhu yang melampau hingga ramai kaum Adam di sana diserang ‘frosbite’ terutama jika mereka menunggang kuda dalam tempoh yang lama.

Disebabkan bimbang alat genital mereka mengalami kecederaan, mereka mencipta sarung tersebut yang dipanggil ‘Nakurnjak’. Ia juga dikenali dengan nama ‘Penis warmer’ atau ‘Willie warmer’. Ia sangat terkenal di kawasan perkampungan tanah tinggi di negara itu. Selalunya si isteri akan mengait sarung ini untuk diberikan kepada suami masing-masing.

Menurut Radmilla, wanita negara itu percaya, zakar yang ‘panas’ mampu menjadikan suami mereka ‘subur’ dan meningkatkan peluang untuk mendapat zuriat.


Ketika ditanya mengenai saiz sesebuah sarung zakar yang dipesan di kedainya, Radmilla berkata, pelanggannya boleh mengukur sendiri saiz kemaluan masing-masing, kemudian serahkan padanya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...