1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia
seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal
begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia
kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.
Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia.
Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang
lain.
3. Sayangi dia sepenuh
hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan
kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan
dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta
anda. Kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan
bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika anda juga mahukan sebegitu darinya.
Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum
melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah
lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk
selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir
keesokkan harinya. Tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai. Tetapi, kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya
dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika anda juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya. Tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai. Tetapi, kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
No comments:
Post a Comment