Kebersihan – Ini
merupakan sesuatu yang boleh memberikan persepsi permulaan. Oleh itu
perlu untuk kita jaga kebersihan badan, anggota dan juga pemilihan
pakaian.
Minat Mendengar -
Mendengar merupakan perlakuan asas yang perlu diambil kira sekiranya
inginkan teman dan peminat yang ramai. Hal ini kerana sifat kita yang
sentiasa tenang dan gemar menjadi pendengar yang baik membuatkan rakan
kita rasa dihargai dan rasa gembira. Ketika mendengar kita mengikut
tatacara yang menunjukkan kita fokus mendengar dan tidak melakukan
banyak pegerakan ketika mendengar. Perlakuan kita ini membuatkan peminat
kita akan senang untuk meluahkan dan rapat pada kita pada hari yang
lain pula.
Mudah Setuju - Kadangkala sifat yang terlalu rigid
dan terlalu tidak memahami juga membuat orang rasa tidak selesa dengan
kehadiran kita. Kadangkala kita perlu senang untuk setuju cadangan dan
idea yang dilontarkan kepada kita demi membuatkan rakan atau peminat
kita rasa dihargai dan diterima.
Mudah Memberi Penghargaan -
Penghargaan juga perlu sentiasa diberikan kepada peminat kita,
kadangkala setiap perbuatan yang cuba disumbangkan perlukan sedikit
pujian dan penyataan terima kasih demi membuatkan peminat kita rasa
disayangi atau dihargai.
Bercakap Bahasa Positif - Bercakap
juga merupakan aspek penting dalam perhubungan. Untuk menarik peminat
kita perlu seentiasa tuturkan bahasa yang lembut, nada yang perlahan
serta panggilan yang nama yang mengembirakan. Hal ini dapat memberikan
keselesaan kepada rakan kita dalam bergaul.
Mudah Memaafkan -
Perasaan memarahi merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam perhubungan
terutama diri ditipu atau dipermainkan, namun demikian sekiranya wajar
memaafkan diri seharusnya banyak mempertimbangkan untuk memberi peluang
kerana menyedari manusia sentiasa melakukan kesilapan.
Senang
Membantu - Untuk diminati kadangkala perlukan sedikit pengorbanan. Ini
kerana sifat semulajadi manusia yang lebih gemar mendapat sokongan dan
bantuan. Lebih mesra jika kita senang menghulurkan bantuan semasa orang
sekeliling memerlukan bantuan.
Minat Mendengar - Mendengar merupakan perlakuan asas yang perlu diambil kira sekiranya inginkan teman dan peminat yang ramai. Hal ini kerana sifat kita yang sentiasa tenang dan gemar menjadi pendengar yang baik membuatkan rakan kita rasa dihargai dan rasa gembira. Ketika mendengar kita mengikut tatacara yang menunjukkan kita fokus mendengar dan tidak melakukan banyak pegerakan ketika mendengar. Perlakuan kita ini membuatkan peminat kita akan senang untuk meluahkan dan rapat pada kita pada hari yang lain pula.
Mudah Setuju - Kadangkala sifat yang terlalu rigid dan terlalu tidak memahami juga membuat orang rasa tidak selesa dengan kehadiran kita. Kadangkala kita perlu senang untuk setuju cadangan dan idea yang dilontarkan kepada kita demi membuatkan rakan atau peminat kita rasa dihargai dan diterima.
Mudah Memberi Penghargaan - Penghargaan juga perlu sentiasa diberikan kepada peminat kita, kadangkala setiap perbuatan yang cuba disumbangkan perlukan sedikit pujian dan penyataan terima kasih demi membuatkan peminat kita rasa disayangi atau dihargai.
Bercakap Bahasa Positif - Bercakap juga merupakan aspek penting dalam perhubungan. Untuk menarik peminat kita perlu seentiasa tuturkan bahasa yang lembut, nada yang perlahan serta panggilan yang nama yang mengembirakan. Hal ini dapat memberikan keselesaan kepada rakan kita dalam bergaul.
Mudah Memaafkan - Perasaan memarahi merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam perhubungan terutama diri ditipu atau dipermainkan, namun demikian sekiranya wajar memaafkan diri seharusnya banyak mempertimbangkan untuk memberi peluang kerana menyedari manusia sentiasa melakukan kesilapan.
Senang Membantu - Untuk diminati kadangkala perlukan sedikit pengorbanan. Ini kerana sifat semulajadi manusia yang lebih gemar mendapat sokongan dan bantuan. Lebih mesra jika kita senang menghulurkan bantuan semasa orang sekeliling memerlukan bantuan.
No comments:
Post a Comment