Pasti
ramai diantara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli
dengan haiwan jinak ini. tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara
yang menarik tentang kucing
1.
Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka,
kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga
mati kelaparan.
2.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul
Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana
kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi,
berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya
dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul
Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu,
aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul
Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak
sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah
gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri
yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah
mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya
menerusi pembelaan seekor anak kucing.
3.
Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat
terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang
memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang
tidak membela haiwan itu.
menarikkan
disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing
juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa
kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan
darah tinggi dan stress .
kucing di rumah leeza sgt gemuk. like like.
ReplyDeleteXD
Delete