Asam Gelugor atau Garcinia atroviridis, merupakan tumbuhan yang kerap digunakan dalam perubatan masyarakat Thailand sebagai sejenis buah-buahan berasid yang dapat mengurangkan berat badan dan lemak berlebihan. Antara komposisi kimia yang terdapat dalam asam gelugur serta mempunyai aktiviti antioksidan ini ialah seperti
asid sitrik, asid tartarik, asid malic dan asid askorbik. Bahan istimewa dikenali sebagai Hydroxycitric Asid juga telah dijumpai pada buah dan dalam kulit ari buah asam gelugur.

Daripada kajian yang telah dijalankan, tumbuhan mengandungi
hydroxycitric acid boleh ditukar kepada potasium hydroxycitrate telah terbukti dapat
mengurangkan berat badan. Eksperimen telah dijalankan terhadap tikus bagi melihat kesan potasium hydoxycitrate yang diperolehi dari asam gelugugur terhadap pengurangan berat badan dan kadar pengurangan kolesterol.
Keputusan menunjukkan bahawa 2 ml rawatan 2% setiap hari dengan
potasium hydroxycitrate selama dua minggu mengurangkan
tahap kolesterol LDL dari 63 mg/dl hingga 50 mg/dl, meningkatkan
tahap HDL dari 35 hingga 63 mg/dl dan mengurangkan berat badan. Kesimpulannya bahawa
asid hydroxycitrate yang diperolehi dari buah asam gelugur berguna sebagai makanan tambahan untuk
merendahkan paras kolesterol dan pengurangan berat badan.
kalo suka sila share :)