widget

Thursday, December 15, 2011

Misteri L dan V pada mata Mona Lisa


TERDAPAT huruf L dan V pada mata kanan potret Mona Lisa.


MILAN - Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya.

Nombor dan huruf kecil yang tersembunyi dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran canggih mikroskop. 

Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas. 

Ia juga mewakili kod Da Vinci yang sebenar. 

Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali mengenai Warisan Budaya, Silvano Vinceti yang menjumpai simbol tersebut menyatakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, ia boleh dilihat dengan jelas apabila menggunakan kanta. 

"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

bukan manusia je, anjing pun ada sifat cemburu


SIFAT cemburu menjadikan anjing kurang aktif.


VIENNA - Saintis Austria menemui sifat cemburu anjing yang akan berhenti membuat tugasan mudah apabila tidak diberi imbuhan berbanding anjing yang menerima imbuhan.

Dr. Frederike Range dari Universiti Vienna menulis di dalam dalam jurnal PNAS berdasarkan kajian ke atas dua ekor anjing yang perlu membuat beberapa aktiviti berjabat tangan.

Seekor anjing menerima imbuhan tetapi seekor lagi tidak walaupun melakukan perkara sama dan yang diberi makanan terus melakukan aktiviti itu manakala seekor enggan bekerja.

"Perbezaan ketara dapat dilihat kepada anjing mendapatkan makanan tetapi yang lain tidak apabila mereka menunjukkan reaksi ketidakadilan berlaku," ujar Range. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

EU bakal haram mentol Edison


MENTOL ciptaan Edison banyak melepaskan karbon.


BRUSSEL - Kesatuan Eropah (EU) berhasrat mengharamkan mentol lampu pijar menjelang 2012 sebagai langkah penjimatan tenaga elektrik dan pengurangan kesan gas rumah hijau.

Kebanyakan mentol di benua Eropah ialah jenis yang dibangunkan pencipta Thomas Alva Edison pada 1879 dan jika usul itu diluluskan Parlimen Eropah, pengguna perlu memilih lampu jenis lain pula.

Ini dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida bersamaan AS$12 bilion bil elektrik setahun di 27 buah negara anggota, kata kata Pesuruhjaya Tenaga EU, Andris Piebalgs.

Beberapa negara termasuk Australia, New Zealand, Kanada dan Filipina juga telah mengumumkan langkah pengharaman mentol pijar tersebut daripada pasaran masing-masing. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Gajah zoo mati cepat berbanding gajah liar


GAJAH liar mampu hidup sehingga umur 56 tahun berbanding hanya 19 tahun jika berada di dalam zoo.


LONDON - Kajian sebuah badan perlindungan haiwan diraja Britain (RSPCA) mendapati gajah yang terkurung di zoo lebih pendek umur akibat faktor diet pemakanan dan cara hidup.

Saintis Ros Clubb dari badan itu memberitahu, kajian meliputi 4,500 gajah betina di Taman Negara Ambosseli, Kenya, gajah pembalak di Myanmar dan beberapa zoo utama Eropah.

Dalam laporan kepada jurnal Science, faktor tekanan memendekkan umur gajah di zoo yang sering berpindah ke zoo lain kerana gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

"Majoriti gajah didapati terlebih berat dan kadar kelahiran tinggi juga punca mamalia ini mati awal kerana saiz tempat kurungan sempit untuk menampung tubuh besar mereka," ujarnya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Polipaka Gattaiah- Lelaki paling tinggi India bekerja di pusat kraf


SEORANG kanak-kanak memberikan wang kepada Polipaka Gattaiah di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di Hyderabad pada 6 Disember lalu. - Reuters


NEW DELHI - Lelaki paling tinggi di India, Polipaka Gattaiah bekerja di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di bandar Hyderabad, India.

Dia yang setinggi 2.28 meter menghiburkan orang ramai yang mengunjungi pusat tersebut.

Para pelawat kerap memberikan wang kepada Gattaiah yang berusia 38 tahun selain bergambar dengannya.

Pada Mac lalu, lelaki itu diberikan satu kaki palsu oleh
sebuah pertubuhan kebajikan setelah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Menurut media tempatan, kaki palsu itu dikatakan yang paling panjang pernah dibuat.

Seorang pegawai berkata, Gattaiah dibayar AS$130 (RM413.88) sebulan oleh sebuah agensi pelancongan negeri. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...