LONDON - Kajian sebuah badan perlindungan haiwan diraja Britain (RSPCA) mendapati gajah yang terkurung di zoo lebih pendek umur akibat faktor diet pemakanan dan cara hidup.
Saintis Ros Clubb dari badan itu memberitahu, kajian meliputi 4,500 gajah betina di Taman Negara Ambosseli, Kenya, gajah pembalak di Myanmar dan beberapa zoo utama Eropah.
Dalam laporan kepada jurnal Science, faktor tekanan memendekkan umur gajah di zoo yang sering berpindah ke zoo lain kerana gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
"Majoriti gajah didapati terlebih berat dan kadar kelahiran tinggi juga punca mamalia ini mati awal kerana saiz tempat kurungan sempit untuk menampung tubuh besar mereka," ujarnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment