widget

Thursday, December 15, 2011

bukan perempuan je, lelaki pun kena gangguan seksual



GOLONGAN lelaki kini turut menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita. – Gambar hiasan


 Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.

Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman, meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...