|
VIENNA - Saintis Austria menemui sifat cemburu anjing yang akan berhenti membuat tugasan mudah apabila tidak diberi imbuhan berbanding anjing yang menerima imbuhan.
Dr. Frederike Range dari Universiti Vienna menulis di dalam dalam jurnal PNAS berdasarkan kajian ke atas dua ekor anjing yang perlu membuat beberapa aktiviti berjabat tangan.
Seekor anjing menerima imbuhan tetapi seekor lagi tidak walaupun melakukan perkara sama dan yang diberi makanan terus melakukan aktiviti itu manakala seekor enggan bekerja.
"Perbezaan ketara dapat dilihat kepada anjing mendapatkan makanan tetapi yang lain tidak apabila mereka menunjukkan reaksi ketidakadilan berlaku," ujar Range. - Agensi
No comments:
Post a Comment