SYDNEY - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun membunuh beberapa ekor reptilia di sebuah zoo dengan mencampakkan haiwan berkenaan ke dalam kandang seekor buaya, kata polis.
Pihak polis berkata, rakaman kamera keselamatan tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak itu menceroboh dengan memanjat pagar sebuah zoo di tengah Australia.
Dia kemudiannya mencampak beberapa ekor reptilia ke dalam tempat kurungan buaya seberat 200 kilogram yang dilihat membaham haiwan malang itu.
Seorang jurucakap polis memberitahu bahawa antara haiwan yang dicampak ke dalam kandang buaya itu termasuk beberapa ekor spesies cicak dan seekor kura-kura.
Kejadian itu disedari selepas beberapa pekerja zoo itu yang datang pada keesokkan harinya mendapati sejumlah haiwan didapati mati atau hilang.
Bagaimanapun, menurut polis, kanak-kanak tersebut tidak boleh didakwa dengan kesalahan tersebut kerana dia di bawah umur 10 tahun.
Pihak polis yang mengenalpasti kanak-kanak itu melalui rakaman video keselamatan telah mengeluarkan amaran dan memaklumkan perkara itu kepada penjagaannya. - AFP
No comments:
Post a Comment