widget

Wednesday, October 5, 2011

JK Rowling terima pendapatan RM31 sesaat



JK ROWLING bergambar bersama novel Harry Potter and the Deathly Hallows.


LONDON - Penulis novel terkenal, JK Rowling memperoleh pendapatan menakjubkan berjumlah £3 juta (RM18.46 juta) seminggu iaitu bersamaan dengan £5 (RM30.76) sesaat.

Majalah kewangan Forbes melaporkan bahawa Rowling memperoleh pendapatan lumayan tersebut daripada tujuh siri novel Harry Potter yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 375 juta naskah.

Rowling, 43, juga mendapat beberapa peratus bahagian daripada keuntungan filem Harry Potter yang diadaptasi daripada novel itu dan jualan cenderamata termasuklah mainan serta permainan video.

Harta penulis terkenal itu dianggarkan bernilai £560 juta (RM3.45 bilion) dan dijangka meningkat apabila tiga buah lagi filem Harry Potter dijadual akan ditayangkan.

Seorang jurucakap Forbes, Lacey Rose berkata, perubahan Rowling daripada seorang ibu tunggal yang terpaksa bergantung pada bantuan kebajikan kepada bilionair adalah satu keajaiban.

"Filem-filem Harry Potter sudah menjana keuntungan berjumlah £2.1 bilion (RM12.92 bilion) dan ia masih ada tiga buah filem untuk ditayangkan," katanya.

Rowling yang sudah menyiapkan kesemua siri novel Harry Potter merupakan penulis yang memperoleh pendapatan paling tinggi di dunia. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...