SEORANG majikan di Durban, Afrika Selatan didakwa menembak pekerjanya selepas mendapati lelaki itu menggunakan tandas yang dikhaskan untuknya, lapor sebuah akhbar.
Polis berkata, pengurus berumur 27 tahun tersebut naik angin selepas mendengar bunyi pam air sebelum bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Tembakan itu mengenai buku lali mangsa dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai cubaan bunuh.
Kata polis, mangsa berumur 25 tahun yang berasal dari Malawi itu kini dirawat di hospital.
"Mangsa mungkin kurang peka terhadap sensitiviti majikannya berhubung penggunaan tandas," kata polis.
- Agensi
No comments:
Post a Comment