Aneh melihat foto ini. Seekor burung unta nampak menusuk bahagian bontot seekor badak. Biasanya burung unta menyembunyikan kepalanya di pasir atau tanah, tapi mengapa unta itu berfikir ingin menyembunyikan kepalanya di bontot badak ?
Kejadian lucu dan aneh ini terjadi di taman safari di Woburn , Inggris. Kai , begitu nama si badak jelas terkejut dengan pelecehan seksual yang dilakukan burung unta itu. Hingga-hingga kedua kaki belakangnya terangkat kerana Kai terkejut.
Dan setelah melepaskan diri badak dengan berat 2 ton ini cepat-cepat pergi meninggalkan burung unta.
Tak dilaporkan adanya luka akibat perbuatan si burung unta. Menurut Abi Crowley, manager pemasaran dari taman safari ini berkata ”tentu saja burung unta tidak boleh membezakan, kerana ukuran otaknya lebih kecil dari bola mata mereka. Mungkin dia tidak bermaksud melecehkan Kai, kerana mereka berdua adalah kawan yang tinggal di satu lingkungan taman.”
Untunglah kejadian ini tidak menimbulkan protes dari pecinta binatang. Apa jadinya jika si burung unta di demo kerana telah melecehkan Kai, si badak.
No comments:
Post a Comment