Oleh kerana terlalu mencintai isterinya,Jeff Green,32,yang menetap di Arizona,Amerika Syarikat amat menderita dan mengalami tekanan perasaan yang serius apabila isterinya telah meninggal dunia.Untuk mengatasi penderitaannya Jeff telah melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa dan gila.
Isterinya yang bernama Lucy telah meninggal dunia akibat penyakit jantung pada usia 29 tahun. Kata-kata terakhir Lucy sebelum kematiannya ialah,"Kita akan bertemu lagi di syurga"Tetapi kata-kata terakhir dari isterinya itu tidak cukup untuk menyakinkan Jeff.
Semasa urusan pengkebumian hendak dijalankan tiba-tiba Jeff mengambil keputusan untuk tidak membiarkan Lucy pergi meninggalkan dirinya begitu saja.Dengan kebenaran pihak berkuasa Jeff telah di benarkan untuk membawa mayat isterinya pulang ke rumah.
Oleh kerana semasa hayatnya Lucy amat menyukai sesuatu yang lucu,maka Jeff mendapat idea yang pasti disukai oleh mendiang isterinya iaitu menjadikan mayat Lucy sebagai meja kopi untuk diletakkan di ruang tamu rumahnya.Untuk memenuhi idea gilanya itu Jeff telah menempah satu meja kaca khas berharga US$ 6000.00 yang berupaya menghilangkan bau busuk mayat isterinya itu.
No comments:
Post a Comment