widget

Sunday, July 8, 2012

lemak perut jejaskan daya seksual lelaki

Disfungsi ereksi (DE) merupakan salah satu masalah seksual yang dialami oleh kebanyakan lelaki.  Untuk mengatasi keadaan ini, doktor kebiasaannya akan memberikan ubat seperti pil biru atau Viagra.  Tetapi, penggunaan ubat-ubatan hanyalah penyelesaian jangka pendek dan perlu pemerhatian ahli perubatan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_2SzQlO8yBGzhHN627J247IcwNMyQzXDsDwu1VBS_Ps-kRLmYt9TW_EBVQ0D_l9VObUAZ8MqgMaauStekJTWetucuoQLHy3_VmuGNZFIbyKJA2T4JZzTo3-_QLcoqQwDIgZo7XLgKmts/s1600/gemuk_gembrot.jpg
Bagi mereka yang mengalami masalah ini, terdapat kaedah atau alternatif yang murah dan tidak memerlukan ubat-ubatan.  Kaedah tersebut adalah dengan cara menurunkan berat badan dan membuang lemak yang terdapat pada bahagian perut.  Bagi merealisasikan impian tersebut, anda perlulah rajin bersenam secara konsisten dan menjalani gaya hidup sihat.  Kajian terbaru mendapati bahawa penurunan berat badan merupakan satu langkah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah disfungsi ereksi di kalangan lelaki.

Seperti yang terdapat dalam sebuah kajian, keupayaan untuk menurunkan 5 hingga 10 peratus berat badan dalam tempoh dua bulan mampu meningkatkan fungsi ereksi dan mengembalikan tenaga seksual lelaki yang mengalami masalah obesiti dan menghidap diabetes.
Walaupun kajian yang dijalankan ini berskala kecil kerana hanya melibatkan 31 responden sahaja namun, hasil daripada kajian tersebut sangat penting bagi membuktikan bahawa obesiti dan disfungsi ereksi memang berkait rapat.  Hal ini juga telah terbukti melalui pelbagai kajian yang dijalankan.
Lemak dan Fungsi Seksual Lelaki
Berat badan yang berlebihan terutamanya pengumpulan lemak di bahagian perut boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki.  Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh badan untuk membekalkan darah ke bahagian penis dan menyebabkan penghasilan testosteron menurun
Fakta menunjukkan bahawa kaum lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai tabiat pemakanan yang sihat lebih cenderung memiliki kehidupan seks yang berkualiti dan keadaan kesihatan yang baik.

Apa yang diharapkan dengan adanya bukti bahawa penurunan berat badan dapat memperbaiki kehidupan seks akan membuka mata kaum lelaki yang berperut buncit supaya lebih peka terhadap ancamannya ke atas kesihatan jantung, diabetes dan strok.
Menurut seorang pakar perubatan, apabila terdapat pesakit yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah disfungsi ereksi, perkara pertama yang beliau akan lakukan ialah meminta agar pesakit tersebut berdiri dan melihat keadaan perutnya.  Sekiranya anda tidak dapat melihat penis anda ketika berdiri maka itu merupakan petanda bahawa anda menghadapi masalah tersebut.  Perut buncit memberi kesan buruk terhadap kehidupan seksual seorang lelaki kerana ia mempengaruhi kesihatan pembuluh darah mereka.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbVbnR8IknCt4Bq4xjlqfbK2eZBAeLyYbOD9QLAz6D50G2u6sE2nnrTdzqmP_Y_-abGSBDFVn6ZbEE2TubRs-gGE1K_dv-zzsn-rSXGEQcpHFYk4bwCHhS2rx41sEOJFJJs11WHtNlDAUd/s1600/Cara+Cepat+Mengecilkan+Perut+Buncit.jpg
Ereksi berlaku apabila saluran pembuluh darah ke bahagian penis membesar dan menyebabkan organ tersebut terisi penuh dengan darah.  Proses tersebut bermula apabila lapisan dalam pembuluh darah (endothelium) melepaskan nitrik oksida iaitu sejenis molekul yang memberi isyarat rehat kepada otot-otot di sekitarnya.  Justeru itu, ramai lelaki menggunakan viagra dan ubat-ubatan lain kerana dipercayai dapat meningkatkan jumlah nitrik oksida dalam endothelium.
Walaupun masih belum dapat dikenalpasti, namun obesiti dipercayai boleh menyebabkan sel endothelium rosak.  Ketika endothelium tidak berfungsi dengan maksimum, penis mungkin tidak akan mendapat bekalan darah yang cukup untuk mewujudkan atau mengekalkan ereksi.
Melalui sebuah penyelidikan terbaru, pakar perubatan melihat memang terdapat pembaikan fungsi endotel pada lelaki yang kehilangan berat badan.
Keadaan kesihatan jantung yang buruk juga boleh menyebabkan masalah disfungsi ereksi.  Tabiat gemar mengumpul lemak dan malas bersenam akan menyebabkan kegemukan yang akhirnya mendorong ke arah penyempitan serta pengerasan arteri di mana kolesterol dan zat-zat lain terbentuk dan melekat di dinding arteri.
Arteriosklerosis yang dikenal pasti menjadi faktor penyebab serangan jantung juga boleh berlaku kepada pembuluh darah yang kecil yang mengarah ke bahagian penis.  Bahkan, menurut seorang ahli perubatan, arteriosklerosis pada mulanya akan menyerang pembuluh-pembuluh kecil sebelum ke pembuluh-pembuluh lain.  Hal ini dapat menjelaskan mengapa disfungsi ereksi dikatakan sebagai amaran awal penyakit jantung.
Peranan Testosteron
Gangguan pada pembuluh darah merupakan penyebab utama kepada kebanyakan masalah disfungsi ereksi yang dialami oleh kaum lelaki yang berumur 40 tahun ke atas serta mengalami masalah obesiti.  Tetapi, terdapat faktor-faktor lain seperti kadar testosteron yang rendah juga boleh menjadi penyebab kepada masalah tersebut.  Kadar hormon seks lelaki juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan ghairah seks dan ereksi.
Justeru itu, bagi kaum lelaki yang berperut buncit, mereka haruslah berusaha untuk mengatasinya kerana lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai kesan yang lebih besar terhadap kadar testosteron berbanding lemak yang terdapat di bahagian tubuh badan yang lain.
Dengan hanya menurunkan sedikit berat badan akan dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah.  Tetapi kesan penurunan berat badan terhadap kadar testosteron tidak akan berlaku secara drastik.  Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai kadar testosteron yang rendah adalah digalakkan untuk menggunakan gel testosteron dan suntikan.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...