widget

Sunday, July 8, 2012

madu dan kecantikan

Sekiranya anda fikir madu hanya berguna untuk pengganti sebagai pemanis makanan atau minuman saja, tanggapan anda salah! 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ2Deu40Mp-ob_VmsmLe8ofvP87EmCWa5DQzViUelkH_Qd8y_nqCbdC0NGRJ5PkNyCzCntuJhKC4HT4qS1voZbhh9Lhiqf-R6LpsgUoVXZJrlVuO-UNZsR-qX53TyZJ1wxjsUL80td/s400/kopi.jpg
Madu merupakan  rahsia kecantikan sejak turun temurun.Manfaat madu memang banyak, dari segi kesihatan dan kecantikan. Ramuan berbahan dasar madu, dapat menjadi kosmetik alami dalam mencantikkan anda dari hujung rambut ke hujung kaki.

Campuran perahan lemon dengan satu senduk makan madu dapat menjadi scrub alami bagi wajah anda. Lemon yang kaya vitamin c dipadukan dengan pelembab alami yang ada di madu akan membuat kulit anda halus dan berseri.Anda juga boleh mencampurkan madu ke dalam air mandi. 

Selain dapat memberi keharuman, madu dapat membuat kulit anda lebih halus serta terjaga kelembabannya.Madu juga dapat mencantikkan rambut. 

Campurkan secawan madu dengan dua sendok makan minyak zaitun. Oleskan ramuan ke rambut dan tutup dengan shower cap selama dua puluh minit, lalu bilas sampai bersih. Rambut anda akan lebih bersinar dan indah.

Tak perlu menghabiskan wang untuk membeli ubat jerawat yang mahal. Campuran madu dengan kayu manis, akan mencegah jerawat menjadi merebak. Ramuan tersebut juga dapat menghilangkan bekas jerawat di wajah. Anda hanya perlu menyapu campuran tersebut ke jerawat Anda.

Masalah bau mulut juga boleh diatasi dengan madu. minumlah campuran madu dan serbuk kayu manis setiap hari. Ramuan itu berkhasiat menyembuhkan panas dalam secara alami, sehingga bau mulut menjadi segar.


Oleh itu tunggu apa lagi….pastikan anda mempunyai sebotol madu di rumah anda sentiasa…..


note: pagi2 saya minum segelas besar air masak yang dicampur madu asli XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...