widget

Saturday, October 15, 2011

Planet baru mungkin dihujani batu kerikil


HUJAN pada planet yang baru ditemui, Corot-7b adalah dalam bentuk batu kerikil, bukan titisan hujan. Demikian menurut pengkaji yang menyelidik atmosfera mencadangkan.

Pengkaji-pengkaji di Washington University, St. Louis, Amerika Syarikat (AS) percaya kepanasan planet itu menyebabkan batu berubah menjadi wap. Sedangkan, jika di bumi, air berubah menjadi wap.

Pengkaji-pengkaji beranggapan sebelum menurunkan hujan batu kerikil, awannya seperti menampung timbunan pasir. Mereka percaya ia akan menghujankan batu kerikil ke tasik lava yang menggelegak di bawahnya.
COROT-7b paling menarik perhatian kerana ia satu-satunya planet yang disahkan mempunyai permukaan berbatu.


“Atmosferanya terdiri daripada wap yang boleh didapati daripada proses pemanasan batu,” kata profesor sains planet, Bruce Fegley.

“Bergantung kepada cuaca, hujan boleh turun dalam bentuk letusan lava atau batu yang turun seperti salji.”

Fegley yang mengkaji atmosfera Corot-7b bersama pembantunya, Laura Schaefer menambah, cara cuaca berlaku di planet itu masih tidak diketahui.

Saintis-saintis Eropah yang mengumumkan penemuan planet di luar sistem suria meminta pengkaji universiti berkenaan untuk meramalkan model atmosferanya. 

Walaupun angkasawan telah menemui lebih 300 planet di luar sistem suria, namun Corot-7b paling menarik perhatian kerana ia satu-satunya planet yang disahkan mempunyai permukaan berbatu berbanding yang lain yang hanya gumpalan gas.

Corot-7b juga terletak terlalu dekat dengan mataharinya menyebabkan suhu di permukaan planet itu melebihi 1,982 darjah Celsius. Ia terlalu panas untuk didiami hidupan.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Gula-gula lahirkan pengganas?

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang makan gula-gula setiap hari cenderung menjadi seorang yang ganas apabila dewasa.

Data daripada 17,500 peserta dalam kajian statistik British mendapati, kanak-kanak berusia 10 tahun yang makan coklat, gula-gula atau konfeksionari lain setiap hari secara signifikan lebih cenderung disabitkan jenayah keganasan pada usia 34 tahun.
SEJAUH manakah gula-gula boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi ganas apabila mereka dewasa?


Secara spesifiknya, 69 peratus yang ganas pada umur 34 tahun telah memakan gula-gula setiap hari semasa mereka kecil, berbanding 42 peratus yang tidak ganas. Bagaimanapun, saintis tidak pasti mengapa.

"Penerangan yang boleh kami beri setakat ini ialah memberikan gula-gula dan coklat secara umumnya menghentikan kanak-kanak daripada belajar bagaimana untuk menunggu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hendak," kata ketua pengkaji Simon Moore dari Cardiff University. 

"Tidak boleh menangguhkan untuk mendapat apa yang disukai boleh mendorong mereka bertindak melulu dan ia amat berkaitan dengan melakukan jenayah."

Kajian itu diperincikan dalam British Journal of Psychiatry.

"Perkaitan antara pengambilan bahan konfeksionari dan jenayah keganasan perlukan perhatian untuk kajian lanjut," Moore dan rakan-rakan pengkajinya menulis. 

"Menyasarkan pada apa yang kanak-kanak makan boleh memperbaiki kesihatan dan mengurangkan keganasan."

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Bintang sukan duta antirokok





BEIJING - Bintang bola keranjang antarabangsa, Yao Ming (gambar) dipilih sebagai duta bagi melancarkan kempen antitembakau di negara yang paling ramai perokok di dunia itu, kata media tempatan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pemain kelab Houston Rocket di Amerika Syarikat itu dipilih sebagai duta Persatuan Antitembakau China bagi meminta orang ramai supaya tidak merokok.

Laporan tersebut menyatakan penyanyi pop China, Peng Liyuan yang merupakan isteri naib presiden negara itu, Xi Jinping turut dipilih sebagai duta kempen tersebut.

Kira-kira 350 juta atau hampir 27 peratus daripada penduduk negara itu yang merokok.
- AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kipas tanpa bilah



RAMBUT seorang wanita ditiup kipas angin tanpa bilah.



LONDON - Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah.

Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya. 

Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya.


Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion) Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.
- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kereta Mini bercaj elektrik



KERETA Mini Es bercaj elektrik.



OXFORD - Sebuah kereta elektrik jimat minyak terbaru, Mini Es diperkenalkan di Britain.

Model itu mampu dipandu sejauh 241 kilometer jika bateri dicas penuh. 

Pengeluar kereta itu turut mengumumkan bahawa bateri kereta itu boleh dicas di gedung pakaian terkenal Britain, Marks & Spencer.


GAMBAR menunjukkan soket tempat caj elektrik Mini Es.


Kereta ini didakwa mampu memecut sehingga 99.77 kilometer sejam dalam masa 8.5 saat manakala had kelajuannya ialah 152.88 kilometer sejam.

Sebanyak 20 pemandu di South East akan menggunakan kereta itu selama enam bulan dengan pajakan sebanyak £330 (RM1,767) sebulan sebagai percubaan. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...