widget

Saturday, October 15, 2011

Kipas tanpa bilah



RAMBUT seorang wanita ditiup kipas angin tanpa bilah.



LONDON - Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah.

Semasa melancarkan produk tersebut, Dyson berkata, kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya. 

Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya.


Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion) Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.
- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...