|
LONDON - Seorang penari erotik berpendapatan £200,000 (RM985,740) setahun di kelab tarian bogel Stringfellows, Britain menyaman majikannya berhubung kes pembuangan kerja secara tidak adil.
Nadine Quashie, awal 30-an mampu memperoleh pendapatan mencecah £1,265 (RM6,216) satu malam dengan melakukan tarian seksi di hadapan pelanggan-pelanggan kaya.
Namun, dia mendakwa dibuang kerja secara tidak sepatutnya kerana kesalahan tatatertib oleh kelab berkenaan pada 2008.
Dalam satu kenyataannya, Quashie yang berasal dari sini berkata, pada awalnya, majikannya menyatakan dia mengambil dadah.
Namun, majikannya kemudian memecatnya dengan alasan dia mengedar dadah setelah mendapati dakwaan mengambil dadah itu adalah tidak benar.
Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal turut mendakwa pihak pengurusan kelab tarian bogel Stringfellows melarangnya bekerja dengan kelab lain. - Agensi
No comments:
Post a Comment