widget

Saturday, October 15, 2011

Wanita hamba seks mahu bomoh dihukum mati

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsjyRDK0cwGmuNfs3ecopbXK07kTQd8Rc9dYttEFa28flaJWi9RV-rKNWH8EBsSEOuCYOeZc11BlvoD7s9doKBe1lUCuWuAuy5UPbl43cv-XCLlJnTYGNu3SclKW0r0MEoypt1GMBpzvfQ/s1600/Tali+gantung.jpg 
QATIF (Arab Saudi): Seorang wanita dan suaminya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penipu yang memeras ugutnya supaya mengadakan hubungan seks, lapor akhbar al-Yaum.
 
Sebelum ini, sebuah mahkamah di Qatif menghukum lelaki terbabit dengan penjara enam bulan dan sebat 60 kali atas kesalahan itu.

Bagaimanapun, wanita terbabit berharap lelaki berusia 50-an itu dikenakan hukuman lebih berat.

Mangsa berkata, ketika dia dan adiknya bertemu lelaki terbabit untuk berubat lapan tahun lalu, tertuduh menyihirnya dan memberikan satu tangkal.

“Sejak itu saya menghadapi masalah dengan suami, manakala tertuduh pula sering menghubunginya"

Dalam satu daripada insiden itu, katanya, lelaki terbabit menghubunginya dan bercakap mengenai sesuatu rahsia yang tidak diketahui sesiapa.

Misalnya, kata mangsa, lelaki itu tahu dia hamil.

“Selepas beberapa ketika, saya terjebak dalam perangkapnya tanpa disedari. Dia juga mengancam untuk menjadikan saya botak jika enggan melayan nafsunya,” katanya.

Mangsa juga menghadapi masalah seksual dengan suaminya selama enam tahun sehinggalah dia berjaya berubat. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...