widget

Saturday, October 15, 2011

tidak dituntut- mayat disimpan selama tiga tahun

http://evisoraya.com/wp-content/uploads/2011/02/IMG00166-20110214-1550.jpg 
 gambar hiasan je ni




YANBU: Dua mayat pembantu rumah dari negara Asia yang dirogol dan bunuh oleh pembunuh bersiri tiga tahun lalu masih ditempatkan di bilik mayat hospital Yanbu sementara pihak berkuasa menunggu keizinan waris mereka untuk dikebumikan. 

Mayat pembantu rumah ketiga yang turut dirogol dan bunuh oleh suspek sama sudah pun disemadikan.

Polis Yanbu menahan suspek yang berasal dari Afrika September lalu susulan penangkapan anak lelakinya.


Lelaki itu mengaku memperkosa dan membunuh ketiga-tiga wanita berkenaan. Suruhanjaya Pendakwaan dan Siasatan masih menyiapkan dokumen untuk mendakwa lelaki berkenaan.

Akhbar Al-Madinah semalam memetik kenyataan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesihatan, Dr Abdul Rahman Saeedi bahawa satu daripada tiga mayat itu sudah dikebumikan dan dua lagi masih ditempatkan di bilik mayat hospital.


“Kami masih belum menerima surat pengesahan pihak berkuasa mengenai keizinan daripada waris supaya mayat mereka dikebumikan,” katanya. 


Peguam terkemuka dan bekas ketua bahagian penyiasatan di Suruhanjaya Pendakwaan dan Siasatan, Ibrahim Al-Abadi berkata, menyimpan orang mati di rumah mayat terlalu lama jelas melanggar undang-undang.



“Bagi mayat yang tiada identiti, pakar forensik perlu menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya. Mayat perlu diambil gambar dan cap jarinya untuk sampel DNA. Semua prosedur ini perlu disiapkan dalam masa dua bulan,” ujarnya. 

“Kemudian mayat itu perlu dikebumikan sebaik mendapat pengesahan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan. Sekiranya waris menuntut mayat itu atau mengenal pastinya melalui data maka pihak berkuasa boleh menggali semula mayat berkenaan,” tambahnya. - AN

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...