|
|
WADSWORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda, Jeremy Lukens yang memakai kostum gorila dan menakutkan beberapa orang gadis di bandar ini bakal berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda AS$1,000 (RM3,094), lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, hukuman yang bakal diterimanya itu bukannya disebabkan perbuatannya yang menakutkan beberapa orang gadis dengan memakai kostum tersebut.
Sebaliknya, dia akan dikenakan hukuman itu setelah didapati bersalah baru-baru ini kerana enggan berhenti apabila diarahkan oleh polis selain cuai semasa mengendalikan sebuah kenderaan.
Lukens yang berumur 24 tahun enggan berhenti semasa diarahkan anggota-anggota polis yang mengejarnya dengan menggunakan kereta ketika dia menunggang motosikal empat roda ketika memakai kostum itu pada tengah malam.
Dia dikejar selepas polis mendapat aduan daripada penduduk yang marah dengan perbuatannya itu.
Namun, selepas satu adegan mengejar berlaku, dia akhirnya menyerah diri kepada polis.
Pemuda itu menyatakan kepada polis bahawa dia memakai kostum untuk menakut-nakutkan beberapa orang gadis kerana dia menjalani satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang rakannya. - Agensi
No comments:
Post a Comment