LONDON - Seorang wanita dari Gambia, Fatou Cham yang menjadi model iklan pakaian yang dijual di sebuah pasar raya didapati seorang pendatang haram di Britain, lapor sebuah akhbar.
Dia yang berumur 32 tahun disoal siasat di rumahnya di East Ham, timur London semalam kerana disyaki tinggal secara haram di Britain selepas visanya tamat tempoh.
Seorang peguam Cham, Jamil Trawally memberitahu, wanita berkulit hitam itu mula mendapat tumpuan pihak berkuasa selepas dia menjadi model.
Bagaimanapun, Cham berkata: "Saya memasuki Britain bagi mencari kehidupan lebih baik dan tidak pernah menipu orang," kata bekas pelajar perakaunan di Universiti London Metropolitan.
Dia bekerja dengan pasar raya tersebut pada 2002 tetapi ketika itu warga asing hanya perlu mempunyai nombor insurans jika mahu bekerja di Britain.
Namun, pada 2004, warga asing dikehendaki mempunyai visa kerja tetapi mereka yang sudah bekerja sebelum tahun itu dikecuali daripada memilikinya. - Agensi
No comments:
Post a Comment