widget

Friday, September 30, 2011

Selimut eko botol plastik



BOTOL-BOTOL plastik dikutip sebelum diproses untuk dijadikan tekstil 'hijau'.


SETIAP orang punya cara tersendiri dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti gempa bumi, ribut taufan atau banjir besar.

Jika organisasi tertentu menyampaikan bantuan seperti duit, makanan dan pakaian, sebuah badan amal Buddha Taiwan menghulurkan bantuan selimut untuk memastikan mangsa bencana alam tidak tidur dalam kesejukan.

Tetapi istimewanya selimut yang dikumpulkan Pertubuhan Tzu Chi itu apabila ia merupakan sejenis selimut mesra alam yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula.

Botol-botol plastik yang dikumpulkan di sekitar Taiwan dicairkan dan diproses untuk dijadikan fabrik tekstil sebelum dibuat selimut.

Pertubuhan yang sememangnya bukan asing dengan kerja-kerja amal membantu orang memerlukan itu, dikatakan telah menghantar ribuan selimut eko berkenaan kepada mangsa gempa bumi di Haiti.


SELAIN selimut, Pertubuhan Tzu Chi turut mengeluarkan skaf, kemeja dan beg mesra alam.


Bahkan, pertubuhan itu juga merancang untuk menghantar selimut eko yang diperbuat daripada botol plastik berkenaan kepada ribuan mangsa banjir di Pakistan.

Tambah menarik selimut tersebut dihasilkan sendiri oleh ribuan sukarelawan yang bertungkus-lumus bertugas mencari botol-botol plastik terbuang, membasuh, memproses dan membuat selimut.

Seorang pesara, Lan Li-yue berkata, dia dan rakan sekerjanya gembira dapat melakukan pekerjaan tersebut biar pun secara percuma.

Ia dilakukan untuk menyahut cabaran Ketua Tzu Chi, Cheng Yen untuk mengurangkan sampah tidak biodegradabel sehingga ke tahap minimum.

“Ramai yang telah berputus asa dalam menjadikan botol kitar semula sebagai selimut disebabkan ia melibatkan bil upah terlalu tinggi.

“Tetapi kami melakukan pekerjaan ini dengan rela hati tanpa mengharapkan balasan,” katanya.

Walaupun tidak melibatkan kos upah, penghasilan selimut mesra alam berkenaan menelan kos tiga hingga lima kali ganda berbanding penghasilan selimut konvensional.

Namun tegas pertubuhan tersebut, perbelanjaan penghasilan selimut mesra alam itu amat berbaloi sekali.

KETELITIAN jahitan tetap diutamakan biar pun selimut mesra alam ini untuk mangsa banjir besar di Pakistan.
















Pegawai pertubuhan itu, Liu Tsong-yen berkata, proses berkenaan menjadikan produk daripada sampah kekal lama.

“Kami cuba tidak menambahkan lagi pencemaran dalam mengagihkan barangan bantuan kami.

“Orang tidak akan membuang selimut kami seperti mana mereka membuang botol plastik. Bukankah itu satu idea yang menarik?” ujar Tsong-yen.

Selimut-selimut berkenaan dihasilkan di sebuah kilang tekstil Taiwan melalui kerjasama syarikat diasaskan Tzu Chi. Kilang tersebut turut menghasilkan beberapa lagi barangan mesra alam termasuk kemeja, skaf dan beg.

Selimut yang telah disiapkan adalah berwarna kelabu dan ia berukuran 2 meter x 2 meter selepas dipotong daripada gelungan besar.

Kata Tsong-yen, selimut berkenaan akan diedarkan bersama makanan dan bekalan perubatan ke Pakistan pada bulan hadapan.

“Kami akan menghantar terus barangan kepada mangsa-mangsa untuk mengelakkan ia dibuang atau tidak sampai kepada mereka,” katanya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...